Tuesday, 22 October 2019

JANGAN BERSANGKA-SANGKA DENGAN JIRAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Ini kisah Ahad lepas. Mood belum mari nak kemas kebun belakang. Nak susun macam mana pun tak tahu. Banyak sangat dah bekas putih ni. Tapi itulah, ini saja cara nak bertanam. Tanah asal, ya Tuhan.... boleh murung tau..

Nak angkat 1-1 pun jenuh juga ni. Kena tunggu Tuah balik lah minggu depan.. boleh juga minta tolong angkat-angkat.. dia nak cebik ke hapa ke.. mak tapeduli......hahahaha



ASPARAGUS

Asal dok dalam pasu eco tu. Oked alih ke kotak putih dan pecahkan crown. Asal dari 5 pasu dapat banyak juga crown nya. 1 kotak Oked semai semula 4 crown, susun dekat 4 penjuru.  Kenmain YouTube bagai cara nak pecah crown, tapi kita ni jenis kasarkan.. Main aci redah jelah. Mujurlah semua crown berjaya naik tunas. Usia  dia ada dalam setahun lebih ni. Rebung baru yang naik ni halus-halus je pun.. Haii bila la nak gemuk macam orang lain tanam... 


BIJI BENIH ASPARAGUS

Dalam dok belek dia ni.. EHhhhhhhh ini macam ajaib.. Nampak biji benih dalam 5 ketul. Sebelum ni dok ingat semua crown ni pokok betina. Rajin berbunga tapi tak pernah lekat biji benih. I is redha dah sebenarnya. Lagi pun takde niat pun nak tambah ganerasi depa ni.. Bela saja apa yang ada. Kena letak kayu nak support batang. Alahaiiii kesian tengok terheliang-heliang lentok.



PUTIK LADA HITAM 1

Nampak panjang juga putik dia kali ni.. harap-harap jadilah. Kak Ainon kata pokok ni nak kena teduh sikit baru banyak putik menjadi. Tengah dok riki-riki kat mana sesuai nak alih dia ni.. Sekarang dah share dengan pokok gajus yang beli dengan kak La baru-baru ni


PUTIK LADA HITAM 2

Lada hitam ni pun nak kena boh kayu jugak.. Kesian rebah ditimpa hujan setia hari.. Sabar ya.. weekend ni kita buat. Hari-hari sampai rumah malam, tak dan sayang oiiii..



MULBERRY

Kesian juga induk mulberry ni, tak terbela langsung. Pucuk pun jarang nak naik dan nampak kering je. 2 Minggu lepas kita pangkas buang semua ranting, kebetulan musim hujan, naik elok pulak pucuk baru dan keluar putik buah. Kita tambah tanah sikit bagi tenggelam akar. Alhamdulillah, habuan rezeki burung juga nanti.


PISANG TOMAN

Dah makin sado sekarang dia ni..


PELAM TELUR

Tinggi melangit dah dia. Dok simpan-simpan bila nak pangkas atas tu. Niat nak bagi rendang je. Buat teduhan pokok lain nanti. Musim hujan ni kalau potong yang atas tu takut nanti batang jadi reput pulak. ke tunggu sikit lagi? Batang kena ikat dengan tali supaya tak tumbang kena tiup dengan angin kuat. 


MANGGA JIRAN

Masih ingat pasal mangga depan rumah? Ok rasa bersalah sangat.. hehehe... Pagi ahad tu, tengah merumput kat belakang rumah, dengar suara orang beri salam. Yang Brader Leb dok tengok tv kat depan boleh pulak dia buat no hint je.. kita yang kat belakang pun boleh dengar. Haishhhh!

Berlarian la kita pi jengok, Eh anak jiran depan panggil dan serahkan satu plastik ni..

" Acik, mak bagi..."

" Allah, terima kasih nak.." 

Nasib baik masa tu pakai spect mata, boleh la nampak mak dia dok intai dari pintu rumah, kita pun jeritlah, "terima kasih banyak kak... "

"sama-sama..." sambil dia melambai tangan kat kita...

Masuk dalam, kita tayang la plastik ni depan muka Brader Leb, tercengang dia.. Lepas tu kami sama-sama gelak jahat.. hahahahahaha

"Tulah, berdosa tau.. dia kata..." hahahahaa.. Maaf jiran... keh keh keh


JENIS MANGGA - UNKNOWN 

Zoom sikit ada tompok merah dekat bahagian atas. 
Tak tahu jenis apa. Wangi bila masak ranum.

MUNGKIN.....

Hasil google dan tekaan sendiri hahahaa




UBI KAYU - ISI PUTIH

Dua tahun dah usia dia. Adapun sepokok ni jelah, beda nak makan pucuk ubi. Lepas la sekali masak untuk kami satu rumah. Rajin juga bawak ke pejabat bagi dekat kawan-kawan. Nak memangkas tu satu hal nak kena sediakan plastik hitam 2, 3 beg.. pokok nya 1 je pun. InshaAllah, sabtu ni kita tebas pucuk ubi untuk beri jiran mangga kita... 



LOVE, 

OkED!





10 comments:

  1. Assalam puan, syok tengok tanaman yang pelbagai tu...saya baru nak berjinak-jinak tanam pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Kebanyakan pokok saya pokok ulam. Makan nya tak seberapa pun sebenarnya. saja suka kumpul pokok ulam. Kalau jenis sayur memang saya surrender.. tak pernah jadi dan tak fokus.. BUat terapi waktu cuti.. mula-mula sikit je.. tetiba jadi banyak.. hahaha.. Kalau baru nak mula, cuba tanam yang senang nak jaga dan apa yang keluarga suka makan. Lama-lama akan pandai sendiri nak adjust tanah yang betul dan cara nak jaga depa ni..

      Delete
  2. Banyaknya pokok pokok....bestnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sikit-sikit kumpul.. lama-lama jadi semak.. dah pening nak susun bagi elok..

      Delete
  3. bestnya tengok segala macam pokok akak tuh, puas lah segala macam pokok ada... dana ada beli benih asparagus tap lom kesempatan nk nanam, nanti nk tryla beli tong putih macam akak tu... menarik jgk tuh, banyak beli benih tapi tak tertanam2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la setakat yang makan sendiri.. Kalau nak beli box tu mahal juga.. yang kecik pun dah RM12-13.. Saya ambil di HERO market je. Boleh minta dekat staf yang depa dah letak kat luar tu. Kebanyakan tong dia cantik-cantik dan tak kotor. Kalau segan nak minta, boleh ambil waktu malam.. hehehe saya ambil waktu malam..

      Delete
  4. Seronoknya ada tanah kat belakang rumah..boleh bercucuk tanam..rumah SA plak belakang jalan tar..hehehe..harap tanah sekangkang kera je la depan rumah tu..last2 tanam dalam pasu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pokok saya tanam dalam pasu atau kotak polyestrine. Tanah kat belakang ni tak elok, semut dan berbatu. Lagi pun menyewa je.. kalau nak pindah senang nak angkut..

      Delete
  5. Luas tanah, macam-macam boleh tanam ni. inipun dah cukup banyak pokok. terapi sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak luas mana tanah yang ada.. Semua sumbat masuk kotak putih. Padat dan semak juga mata ni..

      Delete