Tuesday 8 May 2018

AHLI BARU DALAM KEBUN

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Membeli lagi dengan Kak Normala  from FB Normala Kaseh.
Memang asik kene rasukan je la Oked ni bila Kak La post jualan..

Herm...

Kali ni kita beli 





NILAM PANDAN RM15

OKed tak pernah tahu pun kewujudan pokok ni. Pernah baca dari blog tawan-tawan [tak ingat siapa] yang bau daun ni seakan-akan bau pandan. Lagi kering daun lagi kuat baunya.

Sementelahan Kak La offer pokok ni, Oked pun sambar lah satu.. hihihi..

Nanti nak buat potpuri letak dalam kereta.









BINAHONG RM10

Sebelum ni pon tak pernah dengar. Terbaca dari group Kebun dan terus pasang impian untuk memiliki.

Dikatakan banyak khasiatnya. Nanti bila-bila free kita update berkenaan khasiat beliau ini.

Kalau rasa lambat tunggu Oked, boleh google dulu untuk info pantas.. hehehe











KERATAN KEDONDONG PUCUK MERAH RM6
[1 keratan RM2]

Yang ada di Kebun belakang tu Kedondong pucuk hijau yang biasa. Orang kata pucuk merah ni sedap buat ulam. Tak pernah tahu dan rasa. Jadi kita cuba semai ya.

Kak La kata jugak keratan senang cambah. Moga serasilah beliau ini dengan tangan Oked yang panas ni.









BENIH SACHA INCHI RM5 [8 seeds]


On my list juga ni. Ade saudara dalam group share berkenaan kacang ni. Akhirya dapat juga benih bila lalu depan mata masa tengah scroll FB

Bila nak semai.. urghhhhhh.. macam takda ruang semai dah tu... 






BENIH KAPAS RENEK [free gift]

Mula-mula dok hairan juga benih apa ni? Nampak macam kapas tapi awat panjang pulak.. nak kopek takut patah ke apa ke.. kekabu ka? aishhh pelik pulak kekabu panjang lagu ni.

Jadi betullah benih kapas... hahahaha kene pecahkan seed tu..


Okie! Kapas yang ada dilaman pon tak terjaga.. tapi sebab dah ada benihnya nanti kita semai buat kawan dengan kapas kat kebun depan tu.


BIla..? bila? hahahahaha...




Oh ya lupa nak selit kos pos RM13.


LOve,

OKed!



No comments:

Post a Comment