Thursday, 26 April 2018

TESCO ONLINE

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Lagi 2 hari saja oked kat jabatan ni. Mulai 2 Mei akan bertugas di jabatan baru. Jabatan baru ni kalau dipanggil naik erghhhh memang semua akan scary. Entah kenapa macam berhantu-hantu pulak. Masa mula-mula lapor diri di Institusi ni, inilah penempatan pertama Oked. 

JABATAN SUMBER MANUSIA.

Eh kita nak cerita tentang Tesco Online kan? Sempat pulak meluah rasa. Hahahaa...
Beberapa bulan lepas Oked dok berkira-kira nak ikut jejak jiran kebun di depan tu. Setiap bulan akan ada lori Tesco hantar barang ke rumah Kakak S. Dek sifat kepoci yang tinggi, Oked pun risik-risiklah kat dia. Macam mana nak mula? Senang je, daftar kat Tesco Online, so and so and so. 

Maka terjebak la Oked buat kali pertama.. Huuuu untuk permulaan kita online dalam RM61.00 saja. Charge penghantaran ikut masa penghantaran. Ada RM8, RM5 dan RM3. Kita boleh pilih tarikh dan masa penghantaran di buat. Senang dan menarik. Rasanya macam tiada had min order.

Oked memang akan selalu jenguk applikasi Smart Shopper untuk beli keperluan barang di rumah. Kita boleh bandingkan harga kebanyakan pasar raya besar yang menawarkan promosi secara bulanan atau mingguan. Yang paling seronok bila terasa sangat BIJAK BERBELANJA dengan kaedah ini... hahahaha. Walaupun selalu kena sangkal dengan bapak beli kat mana pon sama je, setakat beza seringgit dua siap senget-senget mulut beliau mengejek bini. Tapi dengan fakta yang ada beliau selalu kalah... satu barang beza 3 ringgit, kita beli lebih 20 barang... BIJAK kan? heheheheh

Kalau dah ke pasaraya besar macam tu, mata memang jahat kan? pantang... diulang PANTANG nampak, semua nak disauk. Tambah-tambah la dengan anak-anak kecil. Selalunya barang yang dirancang tak beli pun, yang tidak-tidak tu lah yang penuh troli. 

Oked dah booked slot penghantaran jam 7 sampai 9 malam. Tup-tup Abam driver call pukul 6 dah sampai. 10 kali mintak maaf sebab awal dan sanggup tunggu kita sampai ke rumah. Minta dia tunggu dalam 10 ke 15 minit sebab masih dalam perjalanan pulang kerja. Maka teruslah lajak ke rumah tanpa pick up si Kacak dulu dari rumah Ibu.



Inilah dia pemudah cara. 

Barang kering, barang basah boleh order semua. Dalam lori ni ada 2 seksyen penyimpanan. Wah! kagum. ahahahaha...

Abam lori akan serah resit dan kita kena check satu-satu barang yang dihantar. Bila dah confirm kita sign dekat resit dia dan proceed untuk bayar. 

Masa place order, kita boleh bayar terus atau bayar masa barang dihantar nanti. Cashless tau. Boleh bayar guna kad kredit atau Debit ya puan-puan.

Dah beres. Kita keluar pulak ambik Si Kacak kat rumah Ibu. 

Babai Lorry!


No comments:

Post a Comment