Wednesday 28 November 2018

YANG JADI LEPAS TU TAK JADI... HA! HA! HA!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t

Dah dekat sejam sistem beku. Apa kerja satu tak boleh buat. Sementara tu kita update lah sikit sini. Kali ni nak kongsi tanaman yang tak menjadi.. 




Yang ini bukan tak menjadi. Menjadi sangat tapi terpaksa cabut buang sebab lipas suka sangat merayap kat dia. Potong selera di buatnya. Walaupun bila basuh hilang bau.. Terauma Oked dengan lipas tak mampu atasinya.. hahaa

Beli dengan Kak Diana, asal dapat memang dah besar pokok ni. sangkutlah kat grill bilik stor ni. Memula tu dia naik elok sangat-sangat. Oked rasa pun bukan renyah sangat nak bela dia ni. Kena tang musim panas hari tu tiba-tiba je daun jadi kuning dan beransur-ansur kering.. akhirnya tak dapat selamatkan.. Buah kegemaran Oked ni, tak sempat merasa.

Beli dengan En zairee Bumi Hijau. Akhirnya arwah juga. Memang dari beli bantut tera tu je.. sempatlah bela 6 bulan.. 

Ini bukan tak jadi.. ini dihapuskan demi beri ruang kepada pokok lain. Hapus sebab tak gemar rasa dia bila buat ulam

Pokok cabai memang musuh sungguh dengan oked. Ini tak tahu pokok yang ke berapa dah. Asik naik kerinting lepas tu kena serang bena putih. Geram sangat! Yang terbaru ambil anak dari kampung pun sama. Pucuk naik kerinting. Tu pun macam nak pi jugak tu... hadoi!

POKOK GAJUS @ KETEREH
Masa tanam dalam pasu pokok ni tak berubah apa-apa. Pucuk lagilah.. Kedekut bukan main. So kita decide untuk ubah ke tanah. dengan harapan mau la dia membesar.. Harapan tinggal kenangan jugak akhirnya.. hahahaa. Kering dan mati.

ULAM RAJA
Menjadi sangat masa tanam depa ni. Dok ambil pucuk.. tak sempat berbunga. Bila pokok dah tua, oked cabut ganti pokok lain dalam kotak ni. Nak semai semula.. Allahu.... bercinta sungguh!

KUNYIT
Ini juga musuh tegar. Awatlah OKed tengok orang post gambar daun gemuk-gemuk. Sekali tuai, mak oi ubi berkilo-kilo. Kena tang Oked.. herm.. maleh nak ngadu. yang dalam gambar ni semua dah takder. Now ada semai sepasu. tu pun malu-malu je nak naik.. hermmmm

SAWI
OKed memang tak pandai belai sayur-sayur ni. Sama ada bantut atau kena serang ulat siput bagai. Semai dalam pasu.. nah naik elok yang dalam longkang.. ape Kes? 

TERUNG PIPIT
Sedap kan buat sambal.. Oked gemar rasa dia meletup-letup dalam mulut. Lebat sangat setiap kali berbunga. Sekarang dah buang pokok ni sebab makan space. Lagi pun oked aja yang pandai makan. Bapak dengan adik-adik semua kais ke tepi. Kalau sesekali teringin kita minta dengan jiran sebelah sana ye.. hehehehe 


SAMBUNG NYAWA BATIK

Cantik kan sambung nyawa ni. Beli dengan Kak Ainon. Sempat manja-manja sampai berbunga. Lepas tu mati sebab akar reput. Nanti nak cari ganti semula

PUDINA
Pudina dalam bekas ni, sat jadi rimbun lepas tu dia kering, lepas tu rimbun balik now dah kering. Yang paling best Sekarang bekas ni jadi tempat Lambert melepak.. tanah pun dah padat.. ceh! 

TURUS PAGAR

Beli keratan dengan Kak Normala Kaseh HErbs, tak menjadi masa musim panas hari tu. Pucuk dia boleh buat ulam tau.

KEDONDONG @ AMRA
Beli dengan Bumi Hijau NUrsery. MAsa beli memang dah berbuah. Tapi pokok ni sakit. Ubah ke tanah sempat juga merasa sekali berbuah lebat. Pucuk yang naik asik kerinting dan kena serang ulat hitam. Jenuh pangkas. Mula-mula akan naik pucuk yang lawa lepas tu dia mula berlipat-lipat meleding-leding. Sakit mata kita ni. Akhirnya Oked cabut buang jelah.. Puas hati!

CHA OM 
Dapat Gift keratan dari Kak Normala Kaseh Herbs. Dalam 5 keratan yang naik pucuk ini saja. Lama sungguh nak naik. Akhirnya kering dan mati, Ada lagi 3 keratan yang baru naik tunas.. Banyangkan, ada dah dalam 6 bulan kot baru nak naik tunas.. harap-harap ini kali jadilah... Rasa nak beli terus anak siap hidup dengan kak Mala.. tapi otak kata.. SABAR! hahaa

PAPPER MINT
Pedas sangat-sangat daun dia ni. Berangin sampai dalam lobang hidung.. Selalu pagi-pagi Oked petik sehelai untuk kunyah sebelum pergi kerja. Sekarang dah kering dan mati. Tak pandai nak bela herbs kita ni. Ilmu kurang...

KETUMBAR

Semai tak pernah gagal. Mesti jadi anak-anak dia. Tapi Gagal bab nak stabilkan sampai jadi pokok. So kita surrender!

KACANG BUNCIS

Mula-mula naik elok.. Ada tinggi kita, lepas tu kuning dan mati. Entah bila nak semai balik

LEMON SEEDLESS

HErm... 

SIREH

Gagal 2 kali.. kita surrender jugak! hahahaha

PERIA KATAK & PERIA BESAR

Sempat berbunga,  lepas tu mati kering sebab panas melampau. Ke faktor tangki tu sebenarnya? hhahaha

NILAM PANDAN

Sedap sangat bau dia. Tapi sayang, tak lama dengan OKed. Akar reput.

KEDONDONG PUCUK MERAH

Beli keratan dengan Kak Normala Kaseh, tak menjadi juga...

KANGKUNG

Menjadi.. tapi tak sambung generasi.. malas.....! Boleh cenggitu? hahaha

TERUNG ASAM

Bukan rezeki nak rasa buah dia. Nak semai lain belum ada kekuatan...

KAILAN
Benih campak-campak saja untuk uji benih. Cantik naiknya.. tapi tak petik-petik sampai sekarang... more to hiasan kot?


Sampai habis taip di blog ni. Sistem masih tak ok juga. Herm... nak kena balik rumah ke macam mana ni.... hahahahaha!


LOve, 

OKed!

2 comments:

  1. Bila berkebun ni kita memerlukan kesabaran yang tinggi. Satu lagi kena rajin google bila beli pokok baru. Kat situ nanti boleh dapat info cara penanaman dan penjagaan pokok tersebut. Kak pun banyak kali failed. Sampai sekarang masih mencuba.

    ReplyDelete
  2. Salam Bahagia,

    Hehehe tak sangka pula akar som menarik minat lipas ya.
    Kebarangkalian kalau kitar semula tanam dalam kotak polistrin semasa cuaca panas dia tak cepat ikut naik suhu tanahnya berbanding dengan bahan pasu lain.

    ReplyDelete