Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum w.b.t
Tengah kemas-kemas gambar dalam oppo ni jumpa balik gambar-gambar laman kita masa awal-awal nak berkebun. Memang terabur semak mata.. Bapak bebel, perli pun kita tuli je layan depa ni... tengah kemaruk kan..? Hahahaha....
|
LAMAN DEPAN SUDUT KIRI
Masa ni semua dalam pasu. Bila panas letak dekat kawasan lapang, Bila hujan turun hari-hari teduhkan pulak bawah khemah. Sakit kaki pinggang dibuatnya asik alih sana sini. Sudut pagar sana, masa tu lopong lagi.. sekarang dah penuh dengan telang biru selapis di payungi pokok kapas yang tak mahu berbunga-bunga tu. Pokok Limau purut pun dah tinggi.
|
|
SUDUT YANG TERPINGGIR
Letak sini Pokok bunga gincu, Kapas, Setawar, Kesum dan Pandan. Pandan ni entah kenapa dari anak lagi daunya jadi kuning macam gitu. Dah cuba alih ke bawah khemah pun macam tu juga. Albino ke hape? Penyudahnya Oked biar aja bawah teduhan kapas sampai sekarang.. Eh elok pula naik hijau cantik berkilat. Kat tanah tu ada sepokok ginseng jawa. Tapi sekarang dah takde.. Oked cabut buang sebab lipas longkang suka merayap kat situ. Bila petik pucuk dok bau lipas.. Eeeuuuu!! Potong selera betul!
|
|
SEMAI - MENYEMAI
Mood rajin datang memang semua benih pun nak semai. Kalih sana kalih sini pokok dalam pasu-pasu tu. Selalunya hari Sabtu atau Ahad kalau tak balik kampung di Gombak memang di meja inilah Oked habiskan masa. Sedar-sedar dah tengahari. Siap bawak keluar kipas ke veranda ni.. hehehe
|
|
RAK RM50
Best dapat rak ni. Oked selalu intai blog BUMI HIJAU NURSERY bila dok cari-cari pokok idaman. Sekali tu masa usha-usha nampak post pasal nak jual rak ni. Bila tengok tarikh dah 2 bulan lepas. Cuba jugak nasib tanya kot-kot masih ada lagi rak. Kecewa bila tuan Zairee kata not avaible dah. HErm, tak apalah bukan rezeki kita.
Dok tak lama lepas tu dapat wasap dari tuan Zairee masih minat tak rak tu. Ada 2 unit masih elok boleh let go. YA Allah.. laju je balas.. NAKKK... Harga RM50/unit kan sapa tak mahu? Tapi nak kena ambil sendiri dekat rawang dan 4X4 car memang tak muat.. kurang-kurang kena naik lori.. Kalau dia hantar kena caj Lori RM160, Alaaaaaaaaa rak RM50 je, caj hantar lagi mahal na mati.. hahaa. Selang 2, 3 hari lepas tu Adik OKed wasap tolong carikan benih durian. Dia nak tanam kat kampung di Teluk Intan. Nak 2 set Durian Musang King, Montong dengan Duri Hitam.
Oked pun apa lagi mengelupur lah wasap Tuan Zairee tanya stok durian. Then dia say yes ada stok. Yang bestnya dia cakap lagi, nanti dia nak hantar stok ke Cheras jadi boleh la sekali jalan hantar ke Puncak Jalil. Fuh, terus tanya nak deli sekali rak tu. Dan berita paling syurga Oked dapat bila adik cakap.. Takpalah dia bayar semua caj tu. Janji pokok dia selamat sampai ke kampung nanti... OKed dah sedaya upaya pujuk Bapak untuk ambil 2 unit tapi Bapak tetap dengan pendiriannya.. kalau nak 1 unit je.. kalau tidak, langsung tak payah...akhirnya oked mengalah jugak.. Yelah kalau ambik 2 mana nak disumbat.. bapak besar rak ni.. nak usung ke kebun belakang pun tak muat nak thru pintu rumah.. MUahahahahaha! Mujurlah ambik 1 je..
Alhamdulillah... Impian terlaksana...
|
|
SUDUT KANAN KEBUN BELAKANG
Markis, Lemon Seedless, Bebuas, Pucuk Manis, Putat Merah, Limau Nipis Seddless, Asam Gelugur. Ada yang jadi ada yang gagal.. Bukan semua pokok pun menjadi. Nanti kita cerita kat entri lain ya.
|
|
SUDUT SEBELAH KIRI KEBUN BELAKANG
Masa mula-mula pindah, belakang ni naik penuh bayam pasir yang tak boleh makan tu. Upah abam potong rumput tak lama naik balik anak berceretek. Memang susah nak hapuskan depa ni. Cepat benor biaknye. Oked dapat idea lapik tanah dengan kotak-kotak ni. Kat rumah memang sentiasa ada stok kotak air mineral. Lepas letak kotak-kotak ni dah tak pernah upah potong rumput lagi. Mana rumput rampai yang sesat tu OKed tarik dengan tangan je. Boleh la buat pecah peluh sekali sekala.
|
|
GAMBAR DARI PAGAR LUAR
Ni hasil merumput dengan tangan. Oked longgok semua kat luar pagar belakang. Kenkonon nak buat kompos la kan.. Sampai kesudah la kenkonon nye pun... keh keh keh. Batu-batu yang dikumpul ni boleh dah buat rumah sebijik tau..
|
|
SUDUT KANAN KEBUN BELAKANG
Sekarang kotak-kotak ni dah oked ganti dengan tikar getah. Tak la serabut sangat nampak macam ni ha. Lagi pun bila kotak-kotak tu dah reput pokok-pokok dalam pasu dan kotak putih akan mula keluar akar ke tanah, susah pulak nak alih-alih nanti. Kalau musim hujan memang akan ada spot yang bertakung airnya sebab tanah tak rata tapi takdelah sampai biar nyamuk buat sarang. Kena rajin juga belek-belek dan bersihkan semua tu.
|
LOve,
OkeD!
Rajin juga berkebun ya. Boleh jadi geng ni. Rak tu murahlah.
ReplyDeleteBoleh la isi masa terluang.. Saya minat tanam pokok-pokok ulam.. Kebetulan dapat juga rak.. suka sangat. jimat ruang. Selamat berkenalan kak.. suka baca blog akak
ReplyDeleteBaru sempat nak blogwalking dan tinggal komen.
ReplyDeleteOhhh ada anak pokok kapas batch baru ya.