Assalammualaikum w.b.t
Lama sungguh tak menulis ni sini..
Gambar pokok di kebun kecil Oked tu bukan mainlah banyaknya. Kekangan masa yang buat tertanguh-tanguh nak post gambar kat sini. Tak istiqomah sungguh la..
Hari ni nak share cerita sikit, bukan pasal kebun atau pokok. Ini pasal tulang ikan..
Hurm.
Semalam oked bawa bekal. Pekasam garing, sambal belacan, ulam bunga keladan dengan nasi putih. Bekal tu oked bagi pada Kak Sue kat office lama. Tapi boleh pulak lupa nak bagi sekali dengan nasi... Maafkan oked ya kak sue, nasi kena pi beli sendiri.
So, nasi yang ada tu Oked buat makan tengahari, kebetulan kawan sebelah bawa bekal juga tapi terbeli lauk dengan kawan pejabat yang lain. Maksudnya apa? maksudnya rezeki Oked dapat sambal ikan bekalan beliau.. hehehehe
Makan punya makan, tetiba sangkut tulang. Aduhai, tak suka betul rasa dia. Tak sakit mana tapi tak selesa. Segala cara petua untuk bagi lepas tulang tu tak berkesan. Sampai naik sengkak telan nasi kepal. Cuba juga guna jari, makin sakit jadinya. Kedudukan tulang di tonsil kanan tu memang tak memudahkan cara.
Tak boleh jadi ni.. kena pergi klinik untuk tarik. Takut juga nanti jadi bengkak dan infection. seksanya nak tunggu pukul 2 klinik staf buka. Bila tanya, klinik tu takboleh buat prosedur kerana takde peralatan sesuai. Sepatutnya kena pergi klinik ENT, memandangkan klinik ENT hanya terima walk in pesakit pagi sahaja, Oked disuruh pergi ke Kecemasan..erghhhhhhh....
2 benda yang buat jammed otak. 1, nak pergi kecemasan sebab nak solve problem tersangkut tulang ikan... kan ker perkara yang alaaaaahhh.. mak segan benornye.. hahahaa.. Itulah kan, bila nak buat benda betul, malu jugak yang dia letak depan. hurmmmm kedua pulak, memang pasti, nak keluarkan tulang tu saja Oked kena korban masa 5 jam kat situ.. bayangkan.. sekarang jam sudah pukul 2.30 petang... ligat fikir, cuba call klinik ENT, dan sangat kebetulan ada kawan di klinik tu.
Satu dunia ni tahu, yang Oked jenis segan nak minta tolong mende-mende macam ni. Call sekadar bertanya boleh kah nak walk in, Nak jadi rezeki juga, kawan kata tak apa dia cuba tanya. Memang rezeki kebetulan Dr yang oncall semalam ada di klinik. Terus sepantasnya Oked di kerah turun segera.
Walaupun guna kable, tetap kena register macam biasa, lepas register tunggu depan bilik no 3, dalam 30 saat Dr oncall lalu dan terus panggil nama Oked. Tanya serba sikit lebih kurang, 2 minit siap dah cabut tulang. Ya Allah.... Alhamdulillah.. lega sungguh walaupun masih rasa sakit sikit mungkin akibat luka masa dok cuba tarik dengan jari tadi.
Nurse bagi hadiah suruh bawak naik opis, tunjuk dengan kawan-kawan.. hahaha
Makanya hari ni mak insof, beli nasi dengan sayur manis + keledek. Jumpa pulak sambal che Nor di rak.. herm... fav Oked ni.. maka inilah lunch Oked pada hari ini.
Serik kejaplah nak makan ikan.. hahahaa
Ini pertama kali Oked makan sayur masak lemak putih letak daun kunyit.. erm.. boleh la nak makan tapi macam tak berapa kena dengan selera Oked. Lain orang lain lah cara masakkan kan?
Ha, Pokok Asin-Asin kat kebun depan tu menjadi akhirnya, hasil potong cucuk, potong cucuk, tapi belum sekali pun Oked tuai untuk masak dia. Sebab tak banyak boleh dapat. Nak biak dulu bagi cukup untuk satu periuk sekali tuai. Ada masa Oked kongsi gambar ya.
Oklah. Cerita dah habis. InshaAllah ada kelapangan Oked bercerita lagi.. Dalam sesikit pun bukan main panjang jugak menaip ha..
LoVE,
OKeD!
No comments:
Post a Comment