Monday 26 October 2020

HALIA PADI

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.



Alhamdulillah...

Akhirnya tercapai hajat untuk koleksi halia di kebun Oked. Parcel sampai 22/11/2019 beli dengan Kak Hasma dari FB. 

Sebenarnya dah lama mencari. Google tak jumpa, kat FB ada yang up status tapi tak jual. Entah macam mana minggu lepas saja taip search kat FB jumpa status Kak Hasma jual halia padi. Asalnya Kak Hasma tak buat pengeposan sebab takut rosak. Berbekalkan pujukkan Mak tok, Kak hasma setuju untuk cuba pos kan benih kepada Oked.. Macam mana Mak Tok pun terlibat dalam cerita ni?


HALIA PADI berat 1/2kg RM15.00

Nak jadi cerita, masa Mak Tok turun KL sempena nikahnya si Bujang kami. Oked dok minta Mak Tok carikan benih halia padi. Dengar-dengarnya halia padi banyak dibelah Johor je. Rupanya bila Mak Tok tanya sekitar Pasir Gudang depa pon tak biasa dengar pasal halia padi ni. Dok 2,3 hari lepas tu Mak Tok cakap dah jumpa halia padi dan nak pos ke KL terus, minta alamat dan detail lainnya. OKed pun iyakan lah. Dalam masa yang sama Oked baru nak deal dengan Kak Hasma yang jual tu dan terbantutlah deal tersebut. 

Tah macam mana Oked tanyalah Mak Tok, dapat kat orang area situ ke. Idak kateya... dari Muar.. OKed dah gelak besor.. rupanya Mak pun pandai search FB deal dengan orang yang sama.. MakTok minta Oked sambung deal dengan Kak Hasma. Maka Oked pun perkenalkan lah diri sebagai anak MakTok yang mencari benih ni sebenarnya.

Kak Hasma memang tak pernah pos pokok jadi dia risau pokok akan rosak. Oked minta Kak Hasma pos rinzom sahaja. InshaAllah menjadi kalau semai. Sama macam kita semai halia dan kunyit. Cuma Oked minta tips media yang macam mana sesuai untuk halia padi ni. Maklumlah, jenis umbisi macam ni kan memang musuh betul dengan Oked.

Masa menyemai, aduhai suka sungguh bau halia ni. Bau dia kuat dan ada wangi yang manis berbanding halia kita guna untuk masak. Tapi baunya juga tidaklah setajam halia bentong. 

________________________________________________________________________________

Sebenarnya posting atas ni dok membeku dalam draf tak ingat nak post. Maka kita post la hari ni.



Ini gambar terkini halia padi tu. Sebenarnya oked semai 4 pasu.. tapi yang ini je yang menjadi, lain 3 pasu sudah jiun, kena baja dengan urin kucing dan ada yang ubi membusuk sebab ditimpa hujan. Masa tu tak sedar yang jenis ubi ni alah dengan musim hujan. ermmmmh... nampak gaya kena membeli benih lagi la dengan Kak Hasma... kita cuba lagi ok?



LovE, 

OKED!


10 comments:

  1. Moga yang hidup itu terus tumbuh subur..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tanda-tanda nak pi jugak tu.. sob sob sob

      Delete
  2. Halia padi ni dia comel comel je ubi dia kak?
    baja urin kucing tu memang buat pokok mati ye? patutlah ada bunga mati lepas kena kencing kucing. sedih betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... kecik je ubi dia.. urin kucing memang akan buat pokok mati. Antara ketul najis dengan urin dia.. tajam lagi urin tu. pagi dia kencing, petang pokok terus layu.

      Delete
  3. Bestnya....dapat makan halia padi, dah lama cari, Boleh tak, share pada saya bagamana utk saya dapatkan halia padi dan benihnya. Rindu nak makan halia padi😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/ryl2.verseofdeath

      Cuba puan PM facebook link atas ni. Saya beli dengan beliau. Betul sedap halia ni..

      Delete
  4. Buat sambal ikan bilis dengan halia padi, makan dengan nasi panas, ulam dan sayur masak lemak.

    ReplyDelete
  5. Hi Kak, saya Kiang, saya pun sedang cari halia padi ini untuk buat ubat, tapi tak dapat walaopun search FB and Google. Google nampak Kak punya blog, boleh minta tanya contact yang Kak dapat beli Halia Padi tu? Terima Kasih.

    ReplyDelete