Friday, 11 September 2020

BAYAM MULTI-COLOR - BAYAM HIJAU MERAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t.


Dah malam ni tapi sebab geram tengok daun bayam yang cantik ni kan.. Ishhh. Bayam ni kan cukup la kita sekali je tanam. Dia punya merebak sampai tak tentu hala dia dok tumbuh. 

Oked jenis recycle tanah kalau ada pokok yang mati atau repotting pokok. Jadi depa ni sentiasa sesat dok dalam pasu-pasu yang baru kita alih. Sehat pulak tu.. Kalau kita semai memang tujuan nak makan.. Herm... Macam-macam haiwan datang serang. Akhirnya, mengalah la kita ni. 
 


Ada sepokok sesat dalam pasu limau manis. Punyalah helok, warna pulak cun! Esok kita tuai la beliau ini masuk dalam telur dadar. Nak buat tomeh ayaq tak padan langsung. 


Ni pulak ada 2 pokok sesat dalam pasu pokok mata ayam. Tak tau la apa penyakit daun jadi putih lagu tu. Mungkin sebab pokok dah tua dan dah keluar benih. Esok kita cabut pokok campak dalam bekas polyestrine kat kebun belakang. Nanti naiklah anak-anak baru. 

Begitulah kitaran bayam yang cantik dan sedap ni dalam kebun Oked. Tak pernah dapat tuai walaupun untuk sepiring hidangan. Kalau teringin nak makan maka ke giant lah kita. 

Tanam tapi tak merasa - kaedahnya. 

LoVe, 
OKed! 



1 comment:

  1. Yang biasanya tumbuh sendiri lah tumbuh dengan cemerlang banding yang kita dok semai sendiri.

    ReplyDelete