Tuesday, 24 September 2019

MENGALIH BAYAM @ AMARANTH HALF RED

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Oked mula belajar makan bayam dalam 3 tahun lepas. Tambahan pula, bapak tak gemar sayur bayam. Bau pada kuah tu buat dia rasa kembang tekak, semacam hanyir sikit. Dalam rumah ni ada Cik Bunga adalah penggemar bayam, tambah-tambah bayam separuh merah ni. So kalau masak memang untuk portion dia sorang je.

Mula-mula oked pun tak gemar juga, tiap kali masak ambillah sesudu buat rasa. Lama-lama lidah dah biasa rasa sedap pulak beliau ni. Pernah beli benih dengan Kak Ainon, 2 tahun sudah rasanya. Disebabkan bekas tanaman terhad. Oked campak-campak je dalam pasu dan bekas polyestrine yang ada. Masa tu niat takdelah nak bela elok-elok sebab cuba nasib je.

Masa mula naik anak tu, bukan main lagi micro kejadiannya. tapi kami dalam rumah buat tak peduli sangat. sampai ada yang terbantut dan hasilkan biji benih. Ada la yang naik besar 3,4 pokok. Yang hairan tu takde langsung teringin nak petik. biar je sampai keluar benih. Kalau Cik Bunga nak makan, kita beli yang kat kedai.. ahahahahah.. apeda!

Selepas 2 tahun, tanpa Oked menyemai, benih-benih ni tetap berusaha menyedarkan Oked.

"Hey kamu, kami ni benih yang bernas."


Anak-anak ni tumbuh tanpa oked semai. Mungkin dari benih yang jatuh dari induk yang terbiar tu. Kenmain lagi depa ni berlumba nak hidup. Rasa depa ni tumbuh dari tanah yang Oked repotting dari bekas lain.  Ini dalam pasu pokok Cabai dan Keratan bayam brazil.



Pasu kecil ni Oked cuba biakkan ginseng jawa @ akar som dengan recycle tanah dari bekas lain. Alhamdulillah percubaan berjaya. siap keluar bunga dan bawa benih bayam ni sekali.



Alhamdulillah, dari 5 keratan 3 keratan berjaya hidup setakat ni. 3 keratan yang berjaya ni Oked semai dari pucuk. 2 yang tak berjaya tu dari keratan yang matang sikit. Masa menyemai, tanah tak boleh lembab sentiasa dan tak boleh juga kering kontang. Siraman pula jangan direct ke batangnya, nanti batang akan membusuk.



Atas kesedaran, maka Oked pun sediakan lah satu bekas khas untuk meraka ni. Oked alihkan anak pokok yang dah keluar 4  helai daun. Moga kalian hidup molek dalam ini tanpa gangguan siput kecik-kecik tu. 


Bagi Oked lah kan, sayur jenis begini kita tanam sekali je, lepas tu tuai berkali-kali. tak perlu semai teruk-teruk dah bila biji benih yang gugur sendiri dari induk yang matang akan menghasilkan anak-anak yang baru. Untung kan? Rajin dengan tidak je... herm!



LoVE, 

OkED!

No comments:

Post a Comment