Saturday, 21 September 2019

KUNYIT, HALIA & TEMU

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


Setakat ini nampak segar, sihat dan gembira si 3 beradik. Sebelum ni asik gagal, gagal, gagal, gagal dan gagal.. Biasakan dengar, kalau ditatang di sayang, jaga macam nyawa memang asik tak jadi. Bila biar tak peduli... Eh eh eh.. Bukan main lagi segar sihat.. Mungkin sebab depa ni nak tanah yang dalam untuk kembangkan ubi. Kheeen?

Semua yang naik ni adalah dari baki rinzom yang dah nak kecut dekat rak tu. setoit-toit pun Oked pi benam dalam bekas asalkan ada tunas sikit.. Lantakkan situ...


KUNYIT

Kongsi bekas dengan Delima Pakistan dan Ulam Samak. Ini paling juara. Kenmain lebor ha daun dia. Geram je!



KUNYIT

Ini memang Oked tak ingat langsung bila pi benam.. tahu-tahu muncul begini.


KUNYIT

Yang ni pun nampak sihat... Belalang asik dok potong daun depa ni.. Biarlah.. Kongsi rezeki.. Gettew.. Rasa-rasa nak kena alih juga ke kotak bagi beranak. Yang ni dalam pasu panjang je.. Tanah tak berapa nak dalam.



KUNYIT

2 pasu ni rinzom paling tua. Ubi dia berakar tua dah.. Tak tahu dok alih berapa kali dah. Asik mati lepaih tu naik balik.. Kongsi pasu dengan pokok cabai kering yang tak pedas tu.




HALIA

Yang ni selit antara pokok bebuas dan pokok puding belacan. Kambus rinzom hat besar ibu jari. Kecut dah masa tu. Alhamdulillah naik jugak..


HALIA

Hat ni selit dengan pokok kemunting


HALIA

Yang ni selit dalam kotak pokok mata itik dengan peria pantai


HALIA

Ha yang inilah.. Naik anak, kuning, mati, lepastu naik semula anak, kuning, mati.. Ada la 5 cycle dah dia punya kehidupan.. Mak biar je lantak situ.. Hahaha..


HALIA BENTONG

Rinzom ni  OKed beli dengan Pakcik Cina pasar malam Puncak Jalil. Memang nampak beza dari halia biasa. Pakcik bagi 4 ketul kecil-kecil untuk Oked semai. 

Siap pesan "nanti dah besar kasi jual sama saya balik ya.."



TEMU PUTIH

Asalnya kawan pejabat bagi. Dia kata kunyit putih. Bila check dengan pakar katanya ni geng temu sebab daun ada jalur merah. Boleh makan tapi tak sedap macam temu pauh. Hehhee kita simpan jelah dia ni.. Takut nak try kunyah..


TEMU PAUH

Tinggi bukan main lagi. Tapi payah nak beranak. Hari ni dapat nasihat kena gembur tanah dan kena bagi tenggelam semua ubi masa repotting.. On list.. 
Temu pauh ni oked beli dengan kak Normala Kamis



Inilah satu-satunya anak dia.. Tu pun asik kena pagut dengan siput.. Survival betul anak dia ni..



KUNIYT PUTIH

Ini gambar yang kak Normala Kamis kongsikan. Halah halahhhh mak berkenan betul kat daun dia ni.. Shantik kan?



LoVE, 

OKeD!

No comments:

Post a Comment