Tuesday, 30 October 2018

MENGEMAS KEBUN DEPAN DAN BELAKANG

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum w.b.t


21hb lepas kan dah ambil stok tanah. So Sabtu lepas Oked pun mulakan lah operasi mengubah, mengalih, re-potting pokok-pokok yang ada. Kotak-kotak polyestrine memang dah stanby lama. Kotak-kotak ni Oked ambil di Pasaraya Hero. Memang depa buang je kotak-kotak ini. Oked pilih yang cantik saja dan sesuaikan dengan pokok-pokok yang bakal di tanam. Kebanyakan nya pun memang kotak-kotak ini elok dan bersih. Tak macam yang datang dari pasar borong. 

Selalunya kami anak beranak akan pergi ambil lepas pukul 11 malam. Sebab? Maluuuuuu  baq hang...keh keh keh... sengan kot orang dok tengok ape la anak beranak ni dok kutip kotak kat situ. Lepas pukul 11 malam, kawasan situ dah sunyi. Jadi senang dan bahagia kami memilih kotak. OPsss, kami pastikan kekemasan semula bila memilih kotak kat situ tau. Tak sepah-sepah kan. Jangan buat orang marah... gittew

Kebun belakang rumah sebelah kanan

Memang huduh la kejadian kebun belakang Oked. Sebelum ni Oked susun kotak atas tanah supaya tak naik rumput rampai. Belakang ni asalnya banyak naik  bayam pasir tu. Asik kena upah potong rumput. Yang geramnya, dengan pokok-pokok kita sekali dia balun, habis luka-luka. walaupun dah kepung dengan botol plastik DIY. Itupun sekejap je dah naik semak. So kita tutup dengan kotak-kotak air mineral yang memang kami dok beli tiap-tiap minggu tu. Lagi pun tanah belakang ni memang tak sihat langsung. Jenuh dengan batunya, semut merah besar pun sama jugak galak dok buat sarang. Ada sebahagian pokok dah pun pindah dalam kotak-kotak polyestrine ni. 

Sekarang Oked lapik kotak-kotak dengan tikar getah. Beli siap potong semeter-semeter. Oked dapati bila letak lapik dengan kotak biasa, semut merah tu makin banyak buat sarang. bukan main depa ya! Lepas tu pulak , lama-lama bila kotak biasa tu dah reput, akar dari pasu atau kotak  akan mula masuk ke dalam tanah dan susah nanti bila nak alih.  Jadi oked tukar kepada tikar getah bagi elakkan akar masuk ke dalam tanah. Air bertakung? ini memang tak boleh nak elak bila musim hujan..

Ada lebih 10 jenis pokok yang Oked tanam terus ke tanah di kebun belakang. Setakat ni yang masih bertahan pokok bunga kemboja, limau kasturi, tenggek burung, beluntas, ubi kayu putih, peria pantai, kari, kemunting, pelam telur, delima dan mulberi. Sebelum ni main tanam je kat tanah ikut tanah yang senang nak korek. Jadinya naik serabut mata ni kebun tak tersusun. Bapak pon menyampah tengok.. hahahaa

So hari yang rajin ini Oked decided untuk kemas kebun dan re-potting pokok-pokok yang atas tanah ni untuk jadikan ruang lebih kemas dan tersusun. Selected pokok only yeah!

KOTAK POKOK GEDI
Keratan batang ni pemberian seorang sahabat group kebun kampung, Kak Marina Nyaun. Beliau memang rajin berkebun dan kongsi-kongsi hasil serta benih dengan kawan-kawan. Cumanya kita bayar pos dalam RM10 kepada beliau untuk pos laju. Dikatakan pucuknya sedap di rebus dan cicah sambal belacan. Daunya berlendir sedikit, mungkin macam bayam malabar @ remayung. Ada sari manis. Oh ya Kak Marina panggil pokok ni Ubi Kangkung. Bila baca komen-komen di gambar ada yang bagi tahu nama sebenarnya pokok gedi.  


Balik kepada cerita kotak ini. Hampa sebenarnya sebab ketakan tu tak menjadi. Bukan rezeki kita kan. Mungkin sebab musin hujan dan sentiasa lembab, maka keratan jadi rosak. Mungkin lain kali ada rezeki kita minta lagi dengan kak Marina.

POKOK KARI 
Disebabkan keratan gedi tak menjadi, maka Oked pilih untuk cabut beliau dan masuk ke dalam kotak tersebut. Inilah pokok kari yang selalu kena serang dengan ulat hitam yang bertanduk tahi tu. Geramnya! Ini baru naik semula pucuk baru lepas kena trim 2 minggu sudah. 

Lepas cabut dan sedang tunggu nak masuk rumah baru

Ok dah masuk rumah baru.
Kali ni kotak besar sikit so 1 bag tanah hitam beli dengan Kak D untuk 1 kotak.

ANAK KARI
Tumbuh sendiri dari salur akar. Pokok kari ni bila dah matang memang cepat naik anak. Bila dah mula beranak memang susah nak hapus. Induk tadi kita dah masuk rumah besar. Disebabkan dia tumbuh dekat tepi sini dan tak halang ruang,  maka kita biarkan jelah dia. Esok-esok kalau dah besar kita hapus induk dalam kotak ganti dengan pokok lain recycle tanah. Macam tulah perangai Oked, masa mahu.. usaha mencari macam nak gila. bila jemu, cabut buang hahahaha.. sejenis penyakit jugak ni!

POKOK KEMUNTING
Sayang sangat-sangat dekat dia ni. Dah setahun lebih dah sejak dapat dari Jiran Kebun Depan sana. Macam gitulah saja kejadian dia. Nak kata sihat tidak, sakit pun bukan. Mungkin sebab semut dok buat sarang dekat perdu akar dia tu. Oked cabut juga sambil berzikir, mudah-mudahan bertahan dan jangan mati bila ubah ke dalam kotak.


Mudah-mudahan berbuah dan subur.. Aaminn...

POKOK BELUNTAS

Pokok ni di tut oleh mentua dari pahang. Datangnya 2 pokok yang berjaya hat ni. Banyak kali dah tuai pucuk dan bawak ke pejabat. Ramai rupanya peminat ulam ni. OKed tak gemar sebab ada rasa macam tanah sikit. Tanam untuk buat nasi ulam Utara

Sehingga kelmarin pokok masih tak segar.. huhuhu takut nya kalau dia mati..
Pokok please.. be strong ok?! Kita place tempat redup supaya dia kuat...

KETUMBAR JAWA
Tumbuh sendiri, mungkin muncul dari benih yang tidur. 

Ubah ke dalam kotak dan satukan mereka. 

Yang bertanduk-tanduk tu yang beli kat nurseri Sg Buluh tempoh hari. Selain tu adalah pokok kailan yg terbantut. nak buang sayang. so biar jelah sekali dengan depa ni.. hahaha

KUCAI 
semai dari biji benih

Ubah juga ke dalam kotak.
Memang semai dari biji benih lambat betul nak biak. haish...rasa nak pi beli hat siap polybeg je ni.. hahaha Sabar OKed Sabar! Nak potong sayang pulak. Kalau potong dia biak cepat ke? atau kena tunggu sampai berbunga?


Nampak tak bertapa sihat dan bahagia nya cacing ni dalam pasu. 

Kita satukan Kaduk tadi dengan cekur.

Cekur tu tak pernah nye daun dia jadi elok. Asik jadi spot coklat tu je. Setakat nak makan sendiri boleh la.. nak bawak ke pejabat rasa segan pulak dengan daun buruk macam tu.. Sebab apa ya daun cekur jadi mcm tu kawan-kawan?

SELASIH DAN CILI BESAR
Beli di Nurseri Sg Buluh juga. Moga sihat dan bahagia.

LOve, 

OKeD!



No comments:

Post a Comment